Minta maaf sekiranya terdapat beberapa kesalahan tatabahasa, ejaan, dan juga penggunaan kata...
"Aku" di sini adalah seorang lelaki.
"Aku" di sini adalah seorang lelaki.
**********************************************************************************
Matahari tampak terik walaupun sekarang dilanda musim sejuk. Aku sekarang berada di tanah orang yang bermata sepet, Jepun. Di sini apabila musim sejuk, semuanya putih, kering seperti kain baju putih yang dibasuh dengan sabun pencuci Daia. Sungguh. Memang tidak disangkal lagi kenapa rakyat di sini semuanya muka berwarna putih. Inilah dia anugerah Allah. Salji masih lagi turun walaupun musim ini sudah di hujung pangkal. Memang menakjubkan, kuasa Allah SWT.
Bandaraya Tokyo, yang menjadi ibu negara tanah ini, memang seperti biasa. Rakyat jelata di sana sini, membeli, mencuci mata, dan ada juga yang duduk termenung. Mengenangkan nasib agaknya. Aku sedang berjalan di lintasan jalan kaki yang luas di bandar Shibuya, Tokyo. Salji masih turun, ada juga masa semasa melintas lintasan ini, aku merasai setitik salji singgah di pipiku. Sejuk. Seperti air batu di dalam peti sejuk. Di sinilah, aku terlanggar dengan seorang gadis yang berpipi merah, putih wajahnya, dan kelabu bibirnya akibat sejuk. Matanya pon, memang sepetlah! Tak usah beritahu pun, sudah tahu. Orang Jepun la katakan.
"Gomennasai..." kata gadis itu sambil tunduk dan pergi dari situ. Mahu cepat agaknya. Aku pun menyambung langkahku untuk ke seberang jalan. Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Aku juga, sudah lupa akan cebisan kejadian tersebut. Yalah, bak kata orang, "jangan diingatkan perkara yang tidak penting,". Bagi aku, perkara sebegitu memang tidak terlalu penting buat diriku yang sedang belajar lagi, di Universiti Tokyo. Akalku berkata, "sekarang bukan masanya untuk bercinta," dan aku pula mematuhinya.
Jam menunjukkan masa sekarang pukul 5.30 petang. Di sini, pukul 5 seperti pukul 6 di Malaysia. Matahari pun akan terbenam tidak lama lagi. Aku keluar dari universiti dan tinggalkan kawan-kawanku di sana. Hatiku tiba-tiba terdetik ingin cepat pulang. Entah kenapa lah?? Aku berlari dan berlari. Tiba-tiba, malang tidak berbau. Aku terlanggar seseorang dan terjatuh. Malangnya, orang yang aku langgar tadi juga terjatuh sama. Memang malang nasib aku agaknya hari ini. Aku lekas bangun dan hulurkan tanganku kepada insan tersebut. Insan tersebut mendongak ke atas, untuk melihat wajah siapa yang melanggarnya sebentar tadi. Alangkah terkejutnya aku apabila wajahnya dipaparkan kepadaku. Memang tidak sangka. Unbelievable bak kata orang Inggeris. Insan itu adalah gadis yang aku terlanggar tempoh hari di lintasan luas bandar Shibuya.
"Gomen.." aku hulurkan tanganku. Dia pula membalas dengan senyuman. "Daijoubu..." katanya sambil bangun dan tidak hiraukan huluran tanganku sebentar tadi. Malu agaknya. Tidakpun memang tidak berniat untuk menerimanya. Dia pun menepus baju sejuknya yang terkena baki-baki salji ketika terjatuh. Mataku memang hanya tertumpu kepadanya. Wajahnya memang putih bak salji yang turun. Subhanallah. Cantik sungguh anugerahMu ini. Hatiku melonjak ingin tahu tentangnya. Aku pun menanya namanya. Mula-mula mulutnya membisu tidak terkata apa-apa, wajahnya menunjukkan perasaan hairan dan pelik. Kemudian dia melakarkan senyuman yang sinis. "Mengapa mahu tahu?" tanya gadis itu tanpa rasa segan. "Er..." aku mencari jawapan, aku tidak mahu dia mengetahui niat aku. Niat aku yang ingin mengenalinya. Yalah, baru sahaja bertemu kemudian mahu pula mengenalinya. Takkah pelik?? Lainlah jikalau dia sama universiti dengan aku. Taklah pelik sangat. Aku pula sekarang buntu mencari jawapan.
"Haha. Awak ni kelakarlah!" Gadis itu gelakkan aku. Sampai hati dia. Hati aku terasa hancur seketika. "Gomen gomen. Gurau sahajalah! Sakura." kata gadis itu. "Sakura? Awak cakap fasal bunga sakurakah? Saya tak faham..." balasku yang sekarang memang buntu, dan tambah lagi dengan kehairanan. Dia gelakkan aku sekali lagi. Aduh, aku ini memang seorang yang kelakarkah? Tapi kali ini, gelakkannya tidak kedengaran seperti memerli. Lega rasanya. "Tidaklah. Bukankah awak menanyakan nama saya? Nama saya Sakura. Kasugawa Sakura. Selamat berkenalan!" gadis tersebut tunduk sambil tersenyum. Bukan senyum, tapi sengih. Agaknya dia teringatkan perlakuan aku sebentar tadi. Malunya! Tidak mengapa. Aku mesti tabah! Ya! "Oh... nama awak... ingatkan apa," balas aku. Dia gelak lagi! aduh, mungkin dia ni memang suka gelak agaknya. Tak sangka gadis ini gadis ceria. Bagus juga kalau begitu!
"Haha! Kelakarlah! Awak pula? Apa nama awak?" dia pula yang menanya aku. "Ahmad Syukor bin Muhammad Salim," Apa lagi, aku jawablah sejujurnya. Siap letak sekali nama ayah. "Panjangnya. Kalau begitu,saya mahu panggil awak apa?" Merungut pula anak gadis ini. Aku pun menjawab, "Panggil sahajalah Syukor. Tidak perlu memeningkan kepala," Dia melakarkan lagi senyuman di bibirnya. Cair habis aku dibuatnya. Memang perempuan ni murah dengan senyuman agaknya."Okey, awak panggillah saya Sakura. Tidak perlu berformal panggil Cik Kasugawa, ya." Dia membuatkan aku jatuh hati kepadanya. Memang tidak salah lagi aku tertarik dengannya, tapi ini sudah menjadi larangan. Aku beragama lain dan dia beragama lain. Aku akan tunjukkan dia, bukan, aku akan bawa dia masuk ke dalam agama yang bahagia ini! Ya!
Sudah setahun aku berkawan dengannya, Sakura. Dia semestinya memang seorang yang baik hati, peramah, bebudi pekerti tapi malangnya dia tidak beragama. Ini memberikan kesempatan bagiku untuk menarik dia ke dalam agama yang sejahtera ini, iaitu agama Islam. Lama-kelamaan, usaha aku membuahkan hasil yang cukup mantap sekali. Sakura mengajakku makan tengah hari di sebuah restoran halal. Memang tidak dijangkakan. Setelah sampai di sana, gadis itu sudah menungguku di salah sebuah meja di situ. Wajahnya tampak risau dan keliru. Aku mendekati meja tersebut dan duduk bertentangan dengannya. Dia memandangku dan mula bebicara.
"Syukor-kun, saya ingin menanyakan satu perkara, boleh?"
"Boleh, tanyalah"
"Saya sebenarnya...."
"Hmm? sebenarnya apa, Sakura?"
"Saya sudah..."
Memang mengelirukan. Apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh anak gadis Jepun ini? Tertanya-tanya juga aku. Rasa risau pun ada. Dia menyambung bicaranya. Alangkah terkejutnya aku setelah mendengar apa yang ingin dia sampaikan.
"Saya sudah jatuh cinta dengan Syukor-kun dan..."
"Dan??"
"dan juga agamamu, Syukor-kun. Saya rasa tenang apabila bersamamu. Saya juga terasa tenang apabila saya terdengar Syukor-kun membaca ayat-ayat agamamu. Sungguh bahagia rasanya. Rasa bahagia yang saya tidak pernah rasa sebelum ini. Tenang, aman, dan bahagia. Bolehkah Syukor-kun mengajarku tentang agamamu? Saya sudah terjatuh cinta"
Memang mengejutkan! Tapi, aku tahu, perkara ini akan terjadi tidak lama lagi. Dan aku tahu, ini semua sumber hidayah daripadaMu, Ya Allah. Kamu sudah membukakan hati anak gadis Jepun ini. Dia sudah terjatuh cinta dengan agamaMu, Ya Allah!! Aku rasa puas, sememangnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Aku bersyukur kepadaMu kerana memberi hidayah kepada anak gadis ini. Aku mengajar Sakura tentang agama Islam. Dia juga kelihatan berbeza daripada sebelum ini. Dia kelihatan lebih gembira. Akhirnya, dia pun memeluk Islam, dan namanya ditukarkan kepada Nur Aisyah Sakura.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah!!
KeranaMu Ya Allah, aku telah melepaskan seekor ikan ke dalam laut IslamMu...
Yang jujur, sejujurnya,
nikafrinanabila95
No comments:
Post a Comment