Assalamualaikum, hari ni hari ahad, esok nak sekolah dah, exam pulak tuh, takpelah. P1 je kot... Okey, hari jumaat lepas merupakan hari ulangtahun kelahiran ibuku yang tersayang ^^ Malam tu aku n family pergilah Genting Sempah untuk celebrate. Kat situ ada la kedai aiskrim yang selama ni bila kitorang datang tak buka pun, tapi tiba2 malam tu kedai tu buka. Happy sangat ! Lepas makan lamb chop, terus beli aiskrim. Besar giler kon aiskrim tu ! 4 orang pun dapat makan. Wah ~ sedap giler ! rezeki... Alhamdulillah. Semalam pulak, aku pergi SEMASYUR, jemput bapak sedara aku balik rumah aku. Otw balik ke rumah, singgah dekat Econsave Batang Kali. Kat sana, dapat jugaklah aku beli novel, "Lukisan untuk E-'ah". Haha ! Tajuk dia memang menarik perhatian aku. Cerita dia pun BEST ! tapi belum habis baca lagi, sebab esok aku nak ambik exam, so kenalah sambung baca novel tu cuti bulan 3 nanti... Okey, ini sahaja untuk hari ni, assalamualaikum ^^
Anime Quotes for today :
Only 2 kinds of people exist in this world, those who steal and those who are stolen from.
Salam, lama sudah tak update. Memang tak terfikir langsung ! Okey. Dah masuk form 5 ni aku rasa aku jadi lebih malas dari tahun lepas. Adoi, teruk betol ! Bila dah rancang kononnya naklah berubah, tapi tak jadi jugak. Astaghfirullahalhazim... Sejak Peperiksaan P1 ni, otak aku macam nak pecah je. Tapi nak buat macam mana dah, kehidupan memanag banyak dengan dugaan dan cabaran. Baru P1 je kan? Tak tahulah kenapa aku risau sangat, maybe sebab nak SPM tahun ni. Well, gudluck for me ! Yeah ! Ganbatte !
Quotes of today:
Even if I lose this feeling, I'm sure that I'll just fall in love with you all over again.
Syaoran Li (Cardcaptor Sakura)
Assalamualaikum sume ~ Lama suda h tak update blog nih. Terlupa habis, maklumlah banyak sangat benda nak ingat kat kepala nih... Awal Muharam dah lepas, SPM on the way nak habis, yang akan baru mulanya, SEKOLAH~ Malas nya nak ke sekolah tahun depan. Dah la akan berdepan dengan SPM, ish2... Oh ye, sekarang ni masyarakat Malaysia sedang dilanda Ombak Rindu. Ombak Rindu tu adalah filem yang diadaptasi daripada novel, macam cerita Nora Elena. Itu je la kot, takde pape dah nak cakap. Salam, see you later...
Salam, aku dah lama tak update blog nih. Hari raya pertama hari tuh aku ada update tapi gune tab, so, de problem skit, tak jadi post. Masa hari raya pertama aku pergi rumah kawan aku, Solehah. Dulu masa sekolah rendah kitorang sekolah sama2, tapi sekarang dia dah tukar sekolah. Dia sekolah kat Kuantan sekarang, sekolah agama ^^ Lepas tu aku n Solehah pergi rumah kawan aku lagi sorang, Shahira. Dia pun sama, dulu sama sekolah, tapi dah lain dah sekarang ni. Lepas aku gi rumah Shahira, aku and family pergilah rumah sedara kat Lurah Bilut. Kak sedara aku, Angah kene merisik, haha! dah besar dah dia tu rupanya.. Nak dekat asar, family aku and family ayah su aku pergi ke Karak, rumah sedara jugak. Makan sup daging, Nyum~~ Lepas tu balik ke Bilut, de barbeque, hehe^^ memang best giler!! Malam tu, tengah2 aku khusyuk online FB, tiba2 je ayah cik aku jerit, "Angah, abis laa". Rupa2nya, arnab kak sedara aku terlepas dari sangkarnya, HAHA!! Jenuh la dia menangkap arnab2 tuh. Aku yang tengok pon letih~ haha~ Memang best rasanya ^^ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!! Luv u all!!
Salam... Dah lama aku tak update blog nih. Sibuk sangat dengan raya. Hehe XD Tapi, aku rasa happy giler raya tahun nih, sebab ayah aku ada belikan kamera masa bulan puasa hari tuh, so dapatlah aku snap pic kawan2 aku masa raya ^^ Lagi satu, dapat banyak duit raya~~ Hehe Alhamdulillah, rezeki~~ Pastuh, dapat jugak aku pergi beraya rumah kawan2 aku. Dapat jugak aku jumpa kawan2 baru yang lain ^^ Syukur kepada Allah kerana dapat menyambut raya tahun ni dengan meriah sekali~~ Nanti InsyaAllah, aku akan upload pic raya aku ^^
Salam... Hehe,, Aku happy sangat^^ Alhamdulillah... Bersyukur giler.. Betul gak la apa yang acu aku kata,, kalau asyik mintak, mesti dapat. Semalam, kitorang satu Pahang cuti sebab Nuzul Quran, so, aku and family aku pergilah ke KL nak beli barang2 raya la kononnya... Aku ingat ke, untuk raya ni aku nak beli macam2!! Tapi, tak jadi pulak, sebab satu baju kat situ takde yang menarik minat aku.. So, aku tak belilah lagi baju raya... Hmmm,, Tapi, aku dah beli baju raya(cadar) untuk katil aku ^^ Masa jalan2 cari benda, terfikir pulak nak beli something yang aku memang dah lama mengidamkan.. Kamera Digital.... Aku dah lama nak, tapi tak dapat2 lagi sampailah semalam.... Happy!! Ayah aku belikan aku kamera digital Lumix ^^ Aku ni sekadar berkongsi kegembiraan eh, bukan meriak ^^ so, janganlah salah faham ^^ Bersyukur giler ^^