Wednesday, 7 December 2011

No Title XP

Assalamualaikum sume ~ Lama suda h tak update blog nih. Terlupa habis, maklumlah banyak sangat benda nak ingat kat kepala nih... Awal Muharam dah lepas, SPM on the way nak habis, yang akan baru mulanya, SEKOLAH~ Malas nya nak ke sekolah tahun depan. Dah la akan berdepan dengan SPM, ish2... Oh ye, sekarang ni masyarakat Malaysia sedang dilanda Ombak Rindu. Ombak Rindu tu adalah filem yang diadaptasi daripada novel, macam cerita Nora Elena. Itu je la kot, takde pape dah nak cakap. Salam, see you later...

Tuesday, 8 November 2011

ANIME!!!

 ni anime pe ek?? tak silap aku gunslinger girl,, kot..

 kawaii~~~

 cute ^^

 Uta no Prince-sama ^^ tak tengok habis lagi anime nih..

 very yamato nadeshiko-like, haha^^

Tales of Vesperia, macam Uta no Prince-sama, anime dari game. Hehe~

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA !!

Salam, aku dah lama tak update blog nih. Hari raya pertama hari tuh aku ada update tapi gune tab, so, de problem skit, tak jadi post. Masa hari raya pertama aku pergi rumah kawan aku, Solehah. Dulu masa sekolah rendah kitorang sekolah sama2, tapi sekarang dia dah tukar sekolah. Dia sekolah kat Kuantan sekarang, sekolah agama ^^ Lepas tu aku n Solehah pergi rumah kawan aku lagi sorang, Shahira. Dia pun sama, dulu sama sekolah, tapi dah lain dah sekarang ni. Lepas aku gi rumah Shahira, aku and family pergilah rumah sedara kat Lurah Bilut. Kak sedara aku, Angah kene merisik, haha! dah besar dah dia tu rupanya.. Nak dekat asar, family aku and family ayah su aku pergi ke Karak, rumah sedara jugak. Makan sup daging, Nyum~~ Lepas tu balik ke Bilut, de barbeque, hehe^^ memang best giler!! Malam tu, tengah2 aku khusyuk online FB, tiba2 je ayah cik aku jerit, "Angah, abis laa". Rupa2nya, arnab kak sedara aku terlepas dari sangkarnya, HAHA!! Jenuh la dia menangkap arnab2 tuh. Aku yang tengok pon letih~ haha~ Memang best rasanya ^^ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!! Luv u all!!

Saturday, 10 September 2011

RAYA 2011

Salam... Dah lama aku tak update blog nih. Sibuk sangat dengan raya. Hehe XD 
Tapi, aku rasa happy giler raya tahun nih, sebab ayah aku ada belikan kamera masa bulan puasa hari tuh, so dapatlah aku snap pic kawan2 aku masa raya ^^ Lagi satu, dapat banyak duit raya~~ Hehe
Alhamdulillah, rezeki~~
Pastuh, dapat jugak aku pergi beraya rumah kawan2 aku. Dapat jugak aku jumpa kawan2 baru yang lain ^^
Syukur kepada Allah kerana dapat menyambut raya tahun ni dengan meriah sekali~~
Nanti InsyaAllah, aku akan upload pic raya aku ^^

Thursday, 18 August 2011

LUMIX ^^

Salam... Hehe,, Aku happy sangat^^ Alhamdulillah... Bersyukur giler.. Betul gak la apa yang acu aku kata,, kalau asyik mintak, mesti dapat. Semalam, kitorang satu Pahang cuti sebab Nuzul Quran, so, aku and family aku pergilah ke KL nak beli barang2 raya la kononnya... Aku ingat ke, untuk raya ni aku nak beli macam2!! Tapi, tak jadi pulak, sebab satu baju kat situ takde yang menarik minat aku.. So, aku tak belilah lagi baju raya... Hmmm,, Tapi, aku dah beli baju raya(cadar) untuk katil aku ^^ Masa jalan2 cari benda, terfikir pulak nak beli something yang aku memang dah lama mengidamkan.. Kamera Digital.... Aku dah lama nak, tapi tak dapat2 lagi sampailah semalam.... Happy!! Ayah aku belikan aku kamera digital Lumix ^^ Aku ni sekadar berkongsi kegembiraan eh, bukan meriak ^^ so, janganlah salah faham ^^ Bersyukur giler ^^

Sunday, 7 August 2011

Puasa^^

Salam, aku dah lama tak update blog nih... Terlupa sebenarnya XP haha^^ masa bulan puasa ni, aku rasa happy sangat2^^ tak tahulah kenapa... mungkin sebab masa berbuka, berbuka dengan parents and family,, Malam ni keluarga ayah su aku nak datang, berbuka kat sini^^ happy nyer!! dapat la jumpa sepupu2 ku yang cute2 and hencem2 tuuh^^ tak banyak aku nak cakap sebenarnya... Hmmm,,, oh ya!! Aku ada beli anime baru!! Happy^^ Tajuknya, "Broken Blade" and "Saint Beast" hehe^^ Happy GILER nih!! Mungkin dah terlambat untuk aku cakap, tapi,, SELAMAT BERPUASA!!! Enjoy your fasting month^^

Saturday, 23 July 2011

Anime Baru ~~!!!

Salam. Lama dah aku tak update blog aku nih... Rasa malas pulak heheXP,, tapi hari ni aku rasa rajin pulak!! Pelik kan? Aku memang pelik. Ramai dah orang cakap camtu kat aku, jadi aku tak kisah^^ Sejak kebelakangan ni, banyak giler anime baru aku jumpe!! Kat net and kedai cd. Rasa macam nak beli je semua!! Tapi tak boleh... Anime yang aku jumpe kat net tu semua belum keluar dalam cd lagi T-T Tapi takpe!! Aku kena sabar... Sebahagian daripada Iman..... Lagipun aku tengah mengalami money crisis nih!! Masalah kewangan!! Nasib baiklah masa 16 haribulan Julai hari tuh, kitorang yang dapat straight A dalm PMR tahun lepas dapat wang pada majlis Graduasi hari tuh... Dapatlah selesaikan sikit masalah kewangan aku nih.... Alhamdulillah.. Nilah dia namanya rezeki^^ Ohh!! Aku ada suka lagu daripada anime Uta No Prince Sama nih,, BEST GILER~~ Aku suka sangat2!!! Best tak terhingga!! Lagi satu, tadi aku buka laman web ERA fm, pastuh,, aq de jumpa lagu kegemaran aku dulu. Lagu melayu bertajuk Fobia Cinta nyanyian Nashrin dari My Star LG kalau tak silap aku la.. heheXD Suka sangat dapat jumpa lagu yang aku dah lama suka~~!! Sebelum ni aku tak tahu pun tajuk lagu tuh, tapi sekarang dah tahu!! Tu yang BEST tuuh!!!

Sunday, 10 July 2011

Practice Makes Perfect^^

Salam... Sejak beberapa minggu nih, aku asyik pergi practice koir je.. Masuk kelas tak selalu pon.. Kadang-kadang risau gak sebab tak dapat nak belajar sangat... Tapi aku puas.. Ya!! Aku puas giler!! Nak tahu kenapa?? Sebab hari ni, Choir Team kitorang dapat menjadi Juara untuk Pertandingan Koir Peringkat Negeri nih....... Alhamdulillah... Sekarang ni aku rasa, latihan yang kitorang buat setiap hari tu memang membuahkan hasil!!! Syukur kepada Allah.. Tempat kedua dari Sekolah Sultan Abu Bakar(SABS) dari Kuantan... Ha!! Nak cerita nih, ada seorang daripada choir team SABS rupa dia sebiji cam rupa classmate aku!! Terperanjat giler wey!! Tapi ketinggian dia lain sikit dengan classmate aku tuuh,,,, dah la hensem!!! Huuuuuh...!!!! Cair aku!! Malangnya dia dah berpunya, tapi takpe, sebab aku dah berpeluang tangkap gambar dengan dia... Hehehe^^ Suka nyer!!! Anyway, Thank You kepada Mr. M yang conduct kitorang masa menyanyi tadi, and HR sebab mainkan piano untuk kitorang tadi.. Juga untuk PH, yang selalu bagi semangat kat kitorang... Hmm,, Happy sangat2!!! Thanks All!!! I love YOU!!!!!

Wednesday, 6 July 2011

Fail..........

Salam.... Aku rasa sedih sangat......... Tadi masa kitorang practice koir kat SMK Teknik, memang tidak memberansangkanlah persembahan kitorang........ Hmmmmmm,,, geram la, suara tak keluar, body movement tak banyak, pastu key dah lari.... Ish~~!!!! Aku kena buat yang terbaik lagi!! Ya!!! Hari ni macam tak banyak sangat cerita la... Oh ye!! Tadi, aku gi SMK Teknik, jumpa dengan kawan lama aku, FS huhu.. Kitorang panggil dia Jun.. Dulu Jun nih sekolah dengan kitorang kat SMK Sulaiman, tapi tahun ni dia tukar sekolah ke SMK Teknik sebab nak ambik aliran komputer.... huhu,, dia memang minat komputer!! Happy giler aku jumpe dia tadi.. Cam dah lama sangat tak jumpa, padahal tak sampai setahun pun.. Hahaha^^

Saturday, 2 July 2011

Lama Dah Tak Post...

Salam... Aku dah 2 hari tak post kat blog ni... aku sebenarnya tak sihat kebelakangan nih.. Hmm.. semalam bersamaan dengan 2 Julai, semua sekolah seluruh Malaysia de 1Murid 1Sukan... Sekolah aku pon ade, tapi disebabkan aku tak sihat,  aku tak pergi la larian tuh.... Rasa rugi pon de gak... Tapi nak buat camne dah.... Takde rezeki la tuh. Hari Jumaat lepas, bersamaan dengan 1 Julai, pada pukul 8.30 malam, Beast de buat konsert kat Malaysia~~!!! Diorang buat konsert kat Sunway Lagoon. Rugi nye tak dapat pergi... Baru nak jumpa ngan Gikwang~~~ Haha^^ nak wat camne, dah tak de rezeki.... Redha je lah. Aku rasa mesti konsert tu giler2 GEMPAK lah!!! Tak yah pergi tengok pon dah tahu~~ Hari ni aku rasa okay sikit. Petang ni pukul 3 kena pergi practice koir lak.. Aduuhh~~ mesti penat giler... Takpe lah, penat sekali-sekala, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...... Maybe, setelah kitorang besusah payah sekarang, manalah tahu, kitorang akan menang dalam pertandingan koir tu?? Memang GEMPAK habis lah!!! Semoga kitorang menang dalam pertandingan koir nanti... Amin~~

Wednesday, 29 June 2011

Malang Tak Berbau....

Salam, tarikh hari ni kalau ikut kalendar Islam, 27 Rejab, Hari Israk dan Mikraj... Disebabkan hari ni 27 Rejab, aku puasa lah... Pagi tadi kat sekolah sebelum perhimpunan, kawanku, F bagi aku button yang aku tempah hari tuh... Wah~~!!! Hepi giler aku!!! Pastuh, selepas perhimpunan, semasa aku on the way nak ke kelas Chemistry, malang tidak berbau, aku tergelincir kat tangga blok kelas aku...!!! aduuuh..... Sakit giler~~ Ya Allah, aku tak tahulah macam mana aku boleh tergelincir, sedangkan aku turun tangga tadi memang pandang bawah!! Memang malang tidak berbau... Masa aku tergelincir tadi, nasib baik kawanku, F ada dengan aku.... Kalau dia takde, memang aku dah meraung dah tadi... Lepas tergelincir, siku aku dua2 sekali terkena anak tangga tuh, punggung aku terhentak kat anak tangga tuh, berapa kali entah terhentak,, SAKIT GILER!!! Lepas tuh, aku ketawa, sebab aku rasa cara aku jatuh tergelincir tadi memang kelakar!! Tapi lepas tuh, aku rasa sakit... Sakit tak terhingga!! Aku pun terus menangis sambil terduduk kat anak tangga tuh.... F cuba pujuk aku.. Aku tak boleh berhenti... Betapa sakitnya badan aku..... Tuhan sahaja yang tahu... Kemudian, aku terus masuk kelas Chemistry, kitorang buat experiment, tapi aku tak boleh focus.. Aku tengah menanggung kesakitan... Aku nak menulis pun, rasa tak bermaya.... Habis je kelas Chemistry, aku ajak F dan sorang lagi kawanku, R pegi ke pejabat ambik surat keluar sekolah.. Aku nak balik... Nasib baik abang aku ada kat rumah, kalau tidak, aku tak tahu nak balik dengan siapa... Lepas aku balik rumah, aku tidur, kira2 pukul 9.45.. Aku bangun pulak pukul 11 lebih,, punyalah lama aku tidur.. Lepas aku bangun, badan aku de rasa sakit lagi.. Sebelum aku tidur tadi, aku text ayah aku, bagitahu dia perkara yang terjadi kat sekolah tadi.. Dia sururh aku letak ubat, so, aku buat la pe yang disuruhnya..... Hanya yang perlu aku buat sekarang adalah berdoa kepada Allah supaya sembuhkan sakit badanku ini....... Thanks kawan-kawanku, F and R sebab temankan aku tadi... Pertolongan korang amat dihargai.... ^^

Tuesday, 28 June 2011

Kelakar, kelakar.... ^^

Salam, semalam aku tak sempat nak tulis blog T-T sedih tol... Aku ada tuisyen semalam, pastuh balik rumah pukul 10, pastuh, cepat2 bukak channel ONe HD, tengok cerita 49 Days... Best~~ Tapi sekejap je tengok, cerita tuh habis pukul 10.25... sedih tol... Lepas habis je cerita tuh, aku teros solat dan tidurrrr... Mengantuk giler!! Keesokan paginya pulak, aku terlebih tidur,, maybe sebab sejuk kot pagi tadi... Pukul 6.10 pagi baru aku bangun,, pada aku, waktu tu memang dah lewat~!! Teros mandi, gi sekolah pukul 6.50, as usual... Pastuh kat sekolah tadi, masa practice koir, memang LAWAK GILER~~!!! Kitorang start practice pukul 12 sampai pukul 4.. Masa pukul 3.30 petang tadi, de budak bernama SI ni, tersalah nyanyi... Pastuh, semua orang tergelak, termasuk si konduktor kitorang, Mr. M... Lepas tuh, Mr. M tegur SI sambil tergelak... Kitorang pon apa lagi, gelak la sama... Pastuh, kitorang serious jer,,, tapi tak lama pon.. Masa nak nyanyi balik, mestilah pandang konduktor kan?? Tapi secara spontan,, kitorang tiba2 tergelak lagi... Memang mengong!! Mr. M pon sama tergelak but at the same time, dye suruh kitorang nyanyi balik part yang "tak jadi" tu tadi... Masa kitorang nak mula menyanyi balik, kitorang tergelak lagi tengok muka konduktor!!! Kali ni lebih KUAT kitorang gelak~~ Aku pon tak faham kenapa boleh jadi macam tuh~~ Bila start menyanyi balik, kitorang GELAK lagi!!! Hadoooh.... Mulut aku dah sakit asyik tergelak je...Lepas tuh, Mr. M dah geram, dia tros keluar dari bilik koir.. Lepas tuh, sebelum kitorang nak mula menyanyi, dia sergah pulak kitorang,, LAGI LA KITORANG GELAK!!!! ADOI..... Pianist kitorang, HR pon tegur supaya kitorang focus dalam nyanyian... Mr. M berdiri kat luar dan kitorang pon start menyanyi,, mula2 kitorang tergelak sikit2 masa menyanyi, tapi kitorang sambung jugak menyanyi.... pastuh jadi oke nyanyian tuh, cuma ekspresi kitorang tak sama seperti mula2 ktorang nyanyi tadi, sebelum SI tersasul... ish2 memang kelakar LAH!!! Aku tak boleh lupakan perkara tadi,, Haduuh.... Perkara kecil pon boleh jadi BESAR~~ Malam ni, aku nak tengok cerita 49 Days~~ Ep akhir weyh~!! Memang tak boleh tinggal!!

Sunday, 26 June 2011

26 June 2011

Salam, hari ni macam2 perasaan aku rasa... Pagi tadi pukul 12, aku rasa happy sebab dapat pergi latihan koir. Lepas tu rasa letih pulak, dari pukul 12 sampai pukul 4.35 berlatih koir untuk pertandingan nanti... fuuuhh.... memang letih, kawan aku ajak aku pergi jalan2 lepas tuh, tapi disebabkan terlalu letih, aku tak jadi nak ikut dia pergi jalan2... Letih, pastuh tidur teros... Pukul 7 lebih aku bangun. Maybe sebab masa tu senja, aku jadi orang yang pemarah, rasa geram je!! Panas pulak tuh dada aku jadinyer...! Astaghfirullahalazim.... Inilah akibatnyer tidur masa senja... Jadi tak tentu arah... Alhamdulillah aku dah okay sekarang. Malam ni aku makan burger GBC McD. Mak aku beli masa on the way balik selepas hantar ayah sedara aku (baru 13 tahun) pergi balik asrama SEMASYUR... Sedap sungguh la rasanyer burger tuh~~!! Aku makan sambil tengok cerita Cicakman 2 : Planet Hitam kat channel Disney. Lepas habis makan, abang aku pulak tukar channel, so tak tengok la cerita Cicakman tadi... Esok sekolah... Report Chemistry aku tak siap lagi, tak tau nak buat macam mana.... So, biar je lah kosong.. Esok aku tirulah sesiapa yang dah siap... Memang pemalas kan aku nih XP Biarlah, dah diri aku memang pemalas...

Saturday, 25 June 2011

Banyak Yang Berlaku....

Salam, hari ni aku sememangnya happy giler2!! Sebab ape?? Sebab banyak benda aku buat hari nih. First, aku gi umah kawan aku, buat homework, tengok video Beast, main game Cooking Academy 2, tengok anime Ghost Hunt, makan nasi lauk ikan cencaru goreng,, Hurm... Sedap~~ memang nikmat!! Balik rumah pukul 4 petang lebih, pergi pulak bank CIMB, bank-in duit, pastuh balik rumah. Malam tuh, aku pergi pulak ke KFC. Makan Ole' Pocketful, yang de iklan bola tuuh... Haha^^ sedap la jugak, tapi kepada sesiapa yang tak minat sos cheese dan nenas, jangan haraplah nak makan.... Kat rumah kawan aku memang BEST GILER~~!!! first time pergi rumah dia dah seGEMPAK ini.. Ya! Btol tuh! Sebelum pergi KFC, aku pergi kedai alat tulis, tapi aku dah terlupa nak beli ape kat situ. Aku ingatkan balik..... Pastuh, aku beli pen, kertas testpad, glue and liquid paper... Malangnyer, aku terlupa nak beli buku latihan Addmath aku... ADUH~~ punya la geram!! Macam mana la aku boleh lupa??!! Takpe la, nak buat macam mana lagi dah, redha jelah... lain kali memang kena ingat nak beli buku latihan tuh, kalau tidak, buat latihan dalam testpad lagi la nampak gayanyer.....!!

Friday, 24 June 2011

Cerpenku :: Mekarnya Bunga Sakura


Minta maaf sekiranya terdapat beberapa kesalahan tatabahasa, ejaan, dan juga penggunaan kata... 
"Aku" di sini adalah seorang lelaki.

**********************************************************************************

Matahari tampak terik walaupun sekarang dilanda musim sejuk. Aku sekarang berada di tanah orang yang bermata sepet, Jepun. Di sini apabila musim sejuk, semuanya putih, kering seperti kain baju putih yang dibasuh dengan sabun pencuci Daia. Sungguh. Memang tidak disangkal lagi kenapa rakyat di sini semuanya muka berwarna putih. Inilah dia anugerah Allah. Salji masih lagi turun walaupun musim ini sudah di hujung pangkal. Memang menakjubkan, kuasa Allah SWT.

Bandaraya Tokyo, yang menjadi ibu negara tanah ini, memang seperti biasa. Rakyat jelata di sana sini, membeli, mencuci mata, dan ada juga yang duduk termenung. Mengenangkan nasib agaknya. Aku sedang berjalan di lintasan jalan kaki yang luas di bandar Shibuya, Tokyo. Salji masih turun, ada juga masa semasa melintas lintasan ini, aku merasai setitik salji singgah di pipiku. Sejuk. Seperti air batu di dalam peti sejuk. Di sinilah, aku terlanggar dengan seorang gadis yang berpipi merah, putih wajahnya, dan kelabu bibirnya akibat sejuk. Matanya pon, memang sepetlah! Tak usah beritahu pun, sudah tahu. Orang Jepun la katakan. 

"Gomennasai..." kata gadis itu sambil tunduk dan pergi dari situ. Mahu cepat agaknya. Aku pun menyambung langkahku untuk ke seberang jalan. Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Aku juga, sudah lupa akan cebisan kejadian tersebut. Yalah, bak kata orang, "jangan diingatkan perkara yang tidak penting,". Bagi aku, perkara sebegitu memang tidak terlalu penting buat diriku yang sedang belajar lagi, di Universiti Tokyo. Akalku berkata, "sekarang bukan masanya untuk bercinta," dan aku pula mematuhinya. 

Jam menunjukkan masa sekarang pukul 5.30 petang. Di sini, pukul 5 seperti pukul 6 di Malaysia. Matahari pun akan terbenam tidak lama lagi. Aku keluar dari universiti dan tinggalkan kawan-kawanku di sana. Hatiku tiba-tiba terdetik ingin cepat pulang. Entah kenapa lah?? Aku berlari dan berlari. Tiba-tiba, malang tidak berbau. Aku terlanggar seseorang dan terjatuh. Malangnya, orang yang aku langgar tadi juga terjatuh sama. Memang malang nasib aku agaknya hari ini. Aku lekas bangun dan hulurkan tanganku kepada insan tersebut. Insan tersebut mendongak ke atas, untuk melihat wajah siapa yang melanggarnya sebentar tadi. Alangkah terkejutnya aku apabila wajahnya dipaparkan kepadaku. Memang tidak sangka. Unbelievable bak kata orang Inggeris. Insan itu adalah gadis yang aku terlanggar tempoh hari di lintasan luas bandar Shibuya. 

"Gomen.." aku hulurkan tanganku. Dia pula membalas dengan senyuman. "Daijoubu..." katanya sambil bangun dan tidak hiraukan huluran tanganku sebentar tadi. Malu agaknya. Tidakpun memang tidak berniat untuk menerimanya. Dia pun menepus baju sejuknya yang terkena baki-baki salji ketika terjatuh. Mataku memang hanya tertumpu kepadanya. Wajahnya memang putih bak salji yang turun. Subhanallah. Cantik sungguh anugerahMu ini. Hatiku melonjak ingin tahu tentangnya. Aku pun menanya namanya. Mula-mula mulutnya membisu tidak terkata apa-apa, wajahnya menunjukkan perasaan hairan dan pelik. Kemudian dia melakarkan senyuman yang sinis. "Mengapa mahu tahu?" tanya gadis itu tanpa rasa segan. "Er..." aku mencari jawapan, aku tidak mahu dia mengetahui niat aku. Niat aku yang ingin mengenalinya. Yalah, baru sahaja bertemu kemudian mahu pula mengenalinya. Takkah pelik?? Lainlah jikalau dia sama universiti dengan aku. Taklah pelik sangat. Aku pula sekarang buntu mencari jawapan. 

"Haha. Awak ni kelakarlah!" Gadis itu gelakkan aku. Sampai hati dia. Hati aku terasa hancur seketika. "Gomen gomen. Gurau sahajalah! Sakura." kata gadis itu. "Sakura? Awak cakap fasal bunga sakurakah? Saya tak faham..." balasku yang sekarang memang buntu, dan tambah lagi dengan kehairanan. Dia gelakkan aku sekali lagi. Aduh, aku ini memang seorang yang kelakarkah? Tapi kali ini, gelakkannya tidak kedengaran seperti memerli. Lega rasanya. "Tidaklah. Bukankah awak menanyakan nama saya? Nama saya Sakura. Kasugawa Sakura. Selamat berkenalan!" gadis tersebut tunduk sambil tersenyum. Bukan senyum, tapi sengih. Agaknya dia teringatkan perlakuan aku sebentar tadi. Malunya! Tidak mengapa. Aku mesti tabah! Ya! "Oh... nama awak... ingatkan apa," balas aku. Dia gelak lagi! aduh, mungkin dia ni memang suka gelak agaknya. Tak sangka gadis ini gadis ceria. Bagus juga kalau begitu!

"Haha! Kelakarlah! Awak pula? Apa nama awak?" dia pula yang menanya aku. "Ahmad Syukor bin Muhammad Salim," Apa lagi, aku jawablah sejujurnya. Siap letak sekali nama ayah. "Panjangnya. Kalau begitu,saya mahu panggil awak apa?" Merungut pula anak gadis ini. Aku pun menjawab, "Panggil sahajalah Syukor. Tidak perlu memeningkan kepala," Dia melakarkan lagi senyuman di bibirnya. Cair habis aku dibuatnya. Memang perempuan ni murah dengan senyuman agaknya."Okey, awak panggillah saya Sakura. Tidak perlu berformal panggil Cik Kasugawa, ya." Dia membuatkan aku jatuh hati kepadanya. Memang tidak salah lagi aku tertarik dengannya, tapi ini sudah menjadi larangan. Aku beragama lain dan dia beragama lain. Aku akan tunjukkan dia, bukan, aku akan bawa dia masuk ke dalam agama yang bahagia ini! Ya!

Sudah setahun aku berkawan dengannya, Sakura. Dia semestinya memang seorang yang baik hati, peramah, bebudi pekerti tapi malangnya dia tidak beragama. Ini memberikan kesempatan bagiku untuk menarik dia ke dalam agama yang sejahtera ini, iaitu agama Islam. Lama-kelamaan, usaha aku membuahkan hasil yang cukup mantap sekali. Sakura mengajakku makan tengah hari di sebuah restoran halal. Memang tidak dijangkakan. Setelah sampai di sana, gadis itu sudah menungguku di salah sebuah meja di situ. Wajahnya tampak risau dan keliru. Aku mendekati meja tersebut dan duduk bertentangan dengannya. Dia memandangku dan mula bebicara.

"Syukor-kun, saya ingin menanyakan satu perkara, boleh?"

"Boleh, tanyalah"

"Saya sebenarnya...."

"Hmm? sebenarnya apa, Sakura?"

"Saya sudah..."

Memang mengelirukan. Apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh anak gadis Jepun ini? Tertanya-tanya juga aku. Rasa risau pun ada. Dia menyambung bicaranya. Alangkah terkejutnya aku setelah mendengar apa yang ingin dia sampaikan. 

"Saya sudah jatuh cinta dengan Syukor-kun dan..."

"Dan??"

"dan juga agamamu, Syukor-kun. Saya rasa tenang apabila bersamamu. Saya juga terasa tenang apabila saya terdengar Syukor-kun membaca ayat-ayat agamamu. Sungguh bahagia rasanya. Rasa bahagia yang saya tidak pernah rasa sebelum ini. Tenang, aman, dan bahagia. Bolehkah Syukor-kun mengajarku tentang agamamu? Saya sudah terjatuh cinta"

Memang mengejutkan! Tapi, aku tahu, perkara ini akan terjadi tidak lama lagi. Dan aku tahu, ini semua sumber hidayah daripadaMu, Ya Allah. Kamu sudah membukakan hati anak gadis Jepun ini. Dia sudah terjatuh cinta dengan agamaMu, Ya Allah!! Aku rasa puas, sememangnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Aku bersyukur kepadaMu kerana memberi hidayah kepada anak gadis ini. Aku mengajar Sakura tentang agama Islam. Dia juga kelihatan berbeza daripada sebelum ini. Dia kelihatan lebih gembira. Akhirnya, dia pun memeluk Islam, dan namanya ditukarkan kepada Nur Aisyah Sakura. 

Syukur Alhamdulillah Ya Allah!!
KeranaMu Ya Allah, aku telah melepaskan seekor ikan ke dalam laut IslamMu...

Yang jujur, sejujurnya,
nikafrinanabila95

Thursday, 23 June 2011

Penat N Happy ^^

Salam, huh....! memang hari ni penat giler! start berlatih latihan koir pukul 10.40, lepas tu habis pukul 3. Memang penat...! Suara sampai tak keluar dah.. Hahaha!!! Tapi aku rasa hepi pulak,, tak tahu kenape... Mungkin sebab berlatih ramai-ramai and dyorang yang lain semua buat the best dalam latihan tadi.. Ya! Betol tuh! Aku harap sangat kitorang menang dalam pertandingan koir nanti.... Amin... Tadi,, aku ada buat kawan aku terasa... Hmmmm...... apelah aku ni??!! Aku ni kawan ke?? Tapi aku dah mintak maaf beberape kali dah.... Nampak macam dia dah lupakan perkara tu.. Nampak je lah, tapi kalau perasaan sebenar dia.... Wallahualam... So, sekali lagi, mintak maaf eh kawanku ^^ Aku teringat lagi pasal semalam. Kawan sekelas aku cedera dalam makmal kimia. Kesian dia.... Dah la banyak darah keluar!!! Hmmm,, aku memang tak boleh jadi doktor, tengok darah pon dah takut... Esok aku akan buat yang terbaik sekali lagi dalam latihan koir!!! Wish me luck!! ^^

Wednesday, 22 June 2011

Orang Baru....

Salam, aku baru je create blog nih, rasa hepi la pulak ^^ kawan aku ramai yang dah de blog, so aku try la buat blog aku sendiri... Macam okey je blog nih, entah lah... Aku kadang-kadang suka gak baca blog orang, rasa best jer ^^ dyorang sume tau je ape yang nak ditulis ek,, Bagos betol dyorang nih... Harap-harap blog aku ni gak dibaca orang... Amin..