Saturday, 23 July 2011
Anime Baru ~~!!!
Salam. Lama dah aku tak update blog aku nih... Rasa malas pulak heheXP,, tapi hari ni aku rasa rajin pulak!! Pelik kan? Aku memang pelik. Ramai dah orang cakap camtu kat aku, jadi aku tak kisah^^ Sejak kebelakangan ni, banyak giler anime baru aku jumpe!! Kat net and kedai cd. Rasa macam nak beli je semua!! Tapi tak boleh... Anime yang aku jumpe kat net tu semua belum keluar dalam cd lagi T-T Tapi takpe!! Aku kena sabar... Sebahagian daripada Iman..... Lagipun aku tengah mengalami money crisis nih!! Masalah kewangan!! Nasib baiklah masa 16 haribulan Julai hari tuh, kitorang yang dapat straight A dalm PMR tahun lepas dapat wang pada majlis Graduasi hari tuh... Dapatlah selesaikan sikit masalah kewangan aku nih.... Alhamdulillah.. Nilah dia namanya rezeki^^ Ohh!! Aku ada suka lagu daripada anime Uta No Prince Sama nih,, BEST GILER~~ Aku suka sangat2!!! Best tak terhingga!! Lagi satu, tadi aku buka laman web ERA fm, pastuh,, aq de jumpa lagu kegemaran aku dulu. Lagu melayu bertajuk Fobia Cinta nyanyian Nashrin dari My Star LG kalau tak silap aku la.. heheXD Suka sangat dapat jumpa lagu yang aku dah lama suka~~!! Sebelum ni aku tak tahu pun tajuk lagu tuh, tapi sekarang dah tahu!! Tu yang BEST tuuh!!!
Sunday, 10 July 2011
Practice Makes Perfect^^
Salam... Sejak beberapa minggu nih, aku asyik pergi practice koir je.. Masuk kelas tak selalu pon.. Kadang-kadang risau gak sebab tak dapat nak belajar sangat... Tapi aku puas.. Ya!! Aku puas giler!! Nak tahu kenapa?? Sebab hari ni, Choir Team kitorang dapat menjadi Juara untuk Pertandingan Koir Peringkat Negeri nih....... Alhamdulillah... Sekarang ni aku rasa, latihan yang kitorang buat setiap hari tu memang membuahkan hasil!!! Syukur kepada Allah.. Tempat kedua dari Sekolah Sultan Abu Bakar(SABS) dari Kuantan... Ha!! Nak cerita nih, ada seorang daripada choir team SABS rupa dia sebiji cam rupa classmate aku!! Terperanjat giler wey!! Tapi ketinggian dia lain sikit dengan classmate aku tuuh,,,, dah la hensem!!! Huuuuuh...!!!! Cair aku!! Malangnya dia dah berpunya, tapi takpe, sebab aku dah berpeluang tangkap gambar dengan dia... Hehehe^^ Suka nyer!!! Anyway, Thank You kepada Mr. M yang conduct kitorang masa menyanyi tadi, and HR sebab mainkan piano untuk kitorang tadi.. Juga untuk PH, yang selalu bagi semangat kat kitorang... Hmm,, Happy sangat2!!! Thanks All!!! I love YOU!!!!!
Wednesday, 6 July 2011
Fail..........
Salam.... Aku rasa sedih sangat......... Tadi masa kitorang practice koir kat SMK Teknik, memang tidak memberansangkanlah persembahan kitorang........ Hmmmmmm,,, geram la, suara tak keluar, body movement tak banyak, pastu key dah lari.... Ish~~!!!! Aku kena buat yang terbaik lagi!! Ya!!! Hari ni macam tak banyak sangat cerita la... Oh ye!! Tadi, aku gi SMK Teknik, jumpa dengan kawan lama aku, FS huhu.. Kitorang panggil dia Jun.. Dulu Jun nih sekolah dengan kitorang kat SMK Sulaiman, tapi tahun ni dia tukar sekolah ke SMK Teknik sebab nak ambik aliran komputer.... huhu,, dia memang minat komputer!! Happy giler aku jumpe dia tadi.. Cam dah lama sangat tak jumpa, padahal tak sampai setahun pun.. Hahaha^^
Saturday, 2 July 2011
Lama Dah Tak Post...
Salam... Aku dah 2 hari tak post kat blog ni... aku sebenarnya tak sihat kebelakangan nih.. Hmm.. semalam bersamaan dengan 2 Julai, semua sekolah seluruh Malaysia de 1Murid 1Sukan... Sekolah aku pon ade, tapi disebabkan aku tak sihat, aku tak pergi la larian tuh.... Rasa rugi pon de gak... Tapi nak buat camne dah.... Takde rezeki la tuh. Hari Jumaat lepas, bersamaan dengan 1 Julai, pada pukul 8.30 malam, Beast de buat konsert kat Malaysia~~!!! Diorang buat konsert kat Sunway Lagoon. Rugi nye tak dapat pergi... Baru nak jumpa ngan Gikwang~~~ Haha^^ nak wat camne, dah tak de rezeki.... Redha je lah. Aku rasa mesti konsert tu giler2 GEMPAK lah!!! Tak yah pergi tengok pon dah tahu~~ Hari ni aku rasa okay sikit. Petang ni pukul 3 kena pergi practice koir lak.. Aduuhh~~ mesti penat giler... Takpe lah, penat sekali-sekala, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...... Maybe, setelah kitorang besusah payah sekarang, manalah tahu, kitorang akan menang dalam pertandingan koir tu?? Memang GEMPAK habis lah!!! Semoga kitorang menang dalam pertandingan koir nanti... Amin~~
Subscribe to:
Posts (Atom)